KITAB UYUB AL NAFSI WA DAWAA'UHA : Penyakit Kesepuluh: Melihat aib orang lain



(KITAB PENYAKIT NAFSU DAN PENAWARNYA)

Oleh Imam Abu Abdul Rahman Al-Sulamiy (325H-412H)


Penyakit Kesepuluh: Melihat aib orang lain
Sibuk melihat kelemahan orang lain sedangkan dia melupai sifat-sifat yang tercela di diri sendiri.
Rawatannya: Ialah meluaskan perjalanan dengan bermusafir, menumpukan sepenuh hati di dalam ibadah, mengasihi ulama yang soleh dengan patuh di pimpinan mereka. Sekurang-kurangnya apabila seseorang itu tak berusaha untuk mengubati kelemahan dan aib dirinya maka hendaklah ia mendiamkan diri apabila melihat aib orang lain serta berusaha menutup keaiban tersebut dengan Asa Allah akan memperbaiki keaiban dirinya. Sabda Nabi صلي الله عليه وسلم:
Yang bermaksud: “Sesiapa yang menutup aib saudaranya yang muslim, Allah akan menutup auratnya. Sesiapa yang mengintai-intai aurat saudaranya maka Allah akan memerhatikan auratnya dan mendedahkan sehingga melibatkan rahsia-rahsia di dalam rumahnya”.
Zaid al-Madaini berkata: “ Aku melihat berbagai golongan di kalangan manusia yang mempunyai keaiban akan tetapi mereka tak pula membicarakan aib orang lain sehingga Allah menutup keaiban mereka sedangkan keaiban itu masih kekal bersama mereka. Disudut yang lain pula, aku melihat golongan manusia yang tak mempunyai sifat-sifat cela yang mengaibkan akan tetapi mereka sibuk membicarakan aib orang lain, akhirnya Allah menimpakan keaiban itu kepada mereka.

Facebook Comments
Please follow and like us:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *